Intro

Nadi : [projek-hati] merupakan medium alternatif kepada orang ramai untuk membantu pesakit kronik melalui rangkaian seni. Terdapat elemen seni, hiburan ringkas, ilmu, maklumat dan ruang niaga untuk pengunjung sambil membuat kebajikan.

Tentang projek ini

Bagaimana NADI : [projek-hati] berfungsi

1) Menganjur aktiviti pelbagai cabang seni yang popular dikalangan belia secara berperingkat di beberapa bandar utama seluruh negara.

2) Menyediakan ruang niaga dan ruang pameran percuma kepada penggiat seni dikalangan belia.

3) Menggunakan aktiviti seni sebagai penggerak kepada sebuah gabungan komiti sukarelawan berkebajikan.

4) Menggunakan media sosial dan mobile app ringkas sebagai landasan untuk mengumpul dana yang akan disalur terus ke akaun penerima sumbangan.

5) Mengumpul dan menyampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada individu / keluarga terpilih mengikut keutamaan keperluan.

6) NADI : [projek-hati] dibarisi oleh individu individu dan komuniti komuniti dari pelbagai cabang dan aliran seni seperti pembikin filem bebas, pelukis, penulis dan penerbit buku bebas, label baju tempatan dan ramai lagi. Kami bergabung sebagai satu komiti bagi memperluas sebaran dan carian penderma sumbangan dari pelbagai sudut disamping berkongsi pendengar, pengkritik, pendapat, peminat dan pembeli menerusi program amal ini.

Objektif

Objektif NADI : [projek-hati]

1) Menjana hasil kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk Penaja, Penaung dan Belia dengan menggunakan beberapa tema kempen bagi tahun pertama penubuhan komuniti NADI antaranya, “Belia Boleh Harap”, "Kami Ambil Berat" dan "Kawan Tolong Kawan".

2) Memulakan aktiviti kebajikan, serta memberi pengiktirafan “Belia Rai Anugerah Individu Nasional” (BRAIN) kepada individu pelbagai lapisan masyarakat yang menggunakan kebolehan dan kreativiti untuk kebaikan umum.

3) Memberi lebih ruang kepada banyak pihak untuk menggunakan bajet Corporate Social Responsibility (CSR) dan tajaan dana mengikut kebolehan, kreativiti serta kemampuan masing-masing.

4) Merakam dan menerbitkan paparan visual dan audio rakaman aktiviti NADI di medium yang sesuai untuk paparan promosi Penaja, Penaung, Peserta, Penganjur dan interaksi umum.

5) "Kawan Tolong Kawan" menyediakan platform ruang niaga alternatif kepada golongan penulis, pelukis, pemuzik dan penggiat penggiat seni bebas yang lain untuk mempromosi karya seni mereka di ruangan niaga yang disediakan secara percuma semasa penganjuran acara rasmi NADI dan juga laman media sosial NADI.

Cabaran

Cabaran

1) Projek Beta yang memerlukan tajaan penuh secara menyeluruh.

2) Golongan belia perlu digerakkan dengan aktiviti konstruktif tanpa motif langsung pelbagai elemen untuk menarik dan mengekalkan minat mereka serta memenuhi tujuan asal NADI : [projek-hati] dihidupkan iaitu untuk mengumpul dana bantuan kewangan kepada pesakit kronik.

Apakah risiko-risiko

Projek Beta.