Intro

Pada hari ini,kita berdepan dengan pelbagai teknologi yang mampu merubah kita ke arah lebih baik.Pengunaan teknologi mampu memberi perubahan kepada Negara.
Ramai lepasan graduan kini tidak mempunyai pekerjaan tetapi mereka mempunyai bakat yang tersendiri.Melalui program ini kami pasti golongan ini mampu merealisasikan impian mereka.
Dengan wujudnya platform ini,mereka yang tidak mempunyai pekerjaan ini mampu menjadikan produk yang dihasilkan menjadi realiti.Ini kerana produk yang dihasilkan mempunyai nilai komersial yang tinggi.Sekaligus membawa perubahan negara kearah pengeluar produk inovasi dengan cara yang lebih optimum.

Tentang projek ini

Idea Projek saya dalam pembangunan Belia dalam Negara adalah untuk merealisasikan Pertandingan 100Hours Innovation Challenge.Pertandingan ini khusus kepada Belia lepasan universiti dalam bidang kejuruteraan yang masih belum mendapat pekerjaan.Kami akan memberi latihan jangka pendek sebelum mereka berkelayakan untuk memasuki sepenuhnya pertandingan. Produk yang dihasilkan pada pertandingan 100Hours Innovation Challenge mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kami juga ingin bekerjasama dengan pihak TV seperti ASTRO dan TV3 dalam menerbitkan rancangan pertandingan ini dibawah satu Realiti Show. Mereka yang berjaya dalam pertandingan ini akan mengikuti kursus jangka pendek di German selama 2 minggu dalam usaha kita meningkatkan tenaga pakar dan usahawan khususnya Belia kini. Kami juga akan bekerjasama dengan pihak universiti dan pihak industri bagi memacu belia ke arah lebih maju dan optimum sejajar dengan pekembangan Malaysia ke arah 2020

Objektif

Objektif utama kami ingin mewujudkan pertandingan Inovasi ini:
:-
1)Untuk melahirkan ganerasi Inovatif yang bermutu
2)Untuk menjadikan program ini mencapai taraf World Class Challenge
3)Untuk memberi pendedahan baru bersama para belia lain.
4)Untuk memperkasa peranan Inovasi dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020
5)Untuk memberi anjakan transformasi Negara dalam bidang Inovasi dari pada pelajar khususnya remaja kini melalui pembangunan belia dan insentif kerajaan melalui saluran Rakan Muda
6)Menandingi cabaran global dan domestik serta peningkatan jentera baru dalam arus permodenan Negara
7)Untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
8)Mewujudkan akademi inovasi dalam bentuk “Realiti Show”
9)Menjana pendapatan pada produk yang akan dihasilkan oleh para lepasan graduan IPT/IPTS

Projek ini akan memberi kami satu platform bagi mengkombinasi idea belia dalam Inovasi pembangunan negara, sekaligus kami dapat mewujudkan satu platform Latihan Akademi Inovasi yang boleh menjana pendapatan kami melalui produk yang dihasilkan.Kami juga ingin menandingi cabaran global dalam era pembangunan teknologi yang kian pesat kini.

Cabaran

Antara cabaran-cabaran dalam mewujudkan program akademi ini

1)Kami memerlukan tenaga pakar dari Universiti dalam mewujudkan aktiviti ini
2)Kami memerlukan atau usahawan dalam bidang inovasi sebagai penasihat dalam memberi impak positif pembangunan kami
3)Kami juga memerlukan kerjasama dan sokongan dari Media dalam mewujudkan pertandingan ini dalam bentuk realiti show
4)Permohonan Dana yang dipohon tidak menepati syarat walaupun ia berpotensi dalam pembangunan belia kini
5)Keyakinan terhadap kami sebagai belia dalam mewujudkan aktiviti ini

Secara keseluruhanya,kami mempunyai semangat yang tinggi dalam menandingi cabaran ini.Justeru, kami memerlukan sokongan dari pelbagai pihak dalam kita mewujudkan sesuatu agar ia dapat memberi manfaat kepada Belia dan Negara

Apakah risiko-risiko

Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menyokong projek anda?
1)Tidak komited untuk berjaya
2)Tidak memikir secara global
3)Tidak mempunyai visi dan misi
4)Kurang kepercayaan diri
5)Tidak berkeyakinan untuk berjaya kelak.

Pada kami;
1)Belia kini harus memainkan peranan penting.Kita harus komited dalam melakukan sesuatu agar ia memberi impak kepada diri sendiri dan masyarakat
2)Perlu mempunyai Visi dan Misi agar sesuatu yang dilakukan bertepatan dengan kehendak diri sendiri
3)Membuka peluang diri sendiri untuk berjaya dalam apa yang dihasilkan
4)Percaya bahaya kelemahan pada diri bukan sebab untuk tidak berjaya
5)Semangat dan kecekalan serta usaha yang gigih harus disertai dengan Doa