Anda mungkin biasa dengan penyajak yang terkenal di arus perdana Malaysia seperti Usman Awang, A. Samad Said ataupun mungkin Fynn Jamal, tapi adakah anda sedar adanya satu arus kebangkitan baru yang sedan meningkat naik dalam seni puisi yang dipanggil "spoken word" atau "puisi pentas"? Sebelum ini, "spoken word" hanya dapat kita saksikan di tempat-tempat yang elit di Kuala Lumpur, menarik ramai peminat "spoken word" ke sesi terbuka di Alexis dan No Black Tie.

Untuk memahami lebih dalam dunia "spoken word" ini, kami dapat duduk bersembang sambil minum kopi bersama Melizarani T. Selva, 25 tahun yang menyuap jiwanya dengan puisi, sebagai kudap-kudapan dia mengajar penulisan kreatif kepada kanak-kanak sekolah dan mengisi perut dengan bekerja sebagai wartawan di akhbar harian terkemuka di Malaysia.

 

Melizarani, atau lebih manja dipanggil Meliza, mula menulis sejak umur enam tahun. Ayahnya adalah inspirasi dan idola pertama dalam bidang penulisan, telah memperkenalkan beliau dengan puisi bahasa Inggeris. Ayahnya juga adalah seorang wartawan juga. Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Boleh dikatakan yang Meliza jatuh cinta dengan puisi. Selepas menyelami puisi selama beberapa tahun, beliau akhirnya menemui terdapatnya perbezaan antara puisi di kertas dan puisi di pentas. Puisi atas kertas kurang impak berbanding puisi atas pentas yang membuatkan kata-kata penulis itu lebih hidup. Ia ibarat perkataan itu menari-nari dan berlakon di depan khalayak.

Meliza terjumpa "spoken word" sekitar 5 tahun lalu melalui kolektif Poet’s Passport dan Poetry Cafe KL. Menonton video "spoken word" di YouTube membantu beri banyak inspirasi padanya. Salah satu video yang memberi impak yang besar adalah seorang gadis yang bercerita tentang bekas teman lelakinya yang juga seorang chef. Cara bagaimana si gadis ini menceritakan tentang masakan bekas teman lelakinya sangat teliti dan menyelerakan. Ia membuatkan Meliza berselera dan seperti dia turut sama merasa masakan itu.

 

Puisi "spoken word" yang pertama adalah "An Afternoon Affair", bercerita mengenai cinta pertamanya menggunakan aiskrim Baskin Robbins sebagai metafor. Puisi ini membuatkannya dipanggil oleh BFM untuk sesi temu ramah dan kek aiskrim percuma daripada Baskin Robbins!

Apabila ditanya apakah yang sungguh menarik mengenai kata-kata dan puisi, Meliza dengan berseloroh berkata yang kerana dia tak tahu melukis! Lawak, lawak juga tetapi Meliza percaya bahawa kata-kata tak pernah putus asa, dan ia akan selalu menepati janjinya. Pasti akan ada perkataan atau kata-kata dalam apa jua bahasa untuk menggambarkan sesuatu. Kata-kata telah banyak membantu menzahirkan banyak perkara dalam hidupnya. Meliza percaya setiap perkataan mempunyai maksud dan signifikan yang berbeza bagi setiap individu.

Menulis bukan tugas yang yang mudah. Membebel dan sembang kosong di media sosial mungkin mudah bagi ramai orang, tapi Meliza menulis untuk memahami siapa dirinya. Apabila menulis, Meliza tidak gemarkan perasaan atau emosi yang terlebih-lebih, beliau sentiasa menulis mengenai sesuatu yang lebih besar daripada dirinya. Ketika mementaskan puisinya, puisi itu menjadi milik khalayak. Penulisan juga membantu dia memahami pemikiran dan perasaan yang dia belum lagi alami dan fahami.

 

Sebagai seorang gadis yang gemarkan cabaran, Meliza memulakan inisiatif "If Walls Could Talk" (lebih dikenail sebagai "Walls") dan Slamokrasi (acara rentap puisi) untuk memberikan platform dan ruang kepada penyajak muda daripada segala lapisan dan latar bahasa untuk berkumpul dan berkogsi karya mereka. Daripada permulaan yang biasa-biasa, Walls kini membawa suatu ombak besar sehingga setiap sesi untuk persembahan telah penuh untuk tiga bulan akan datang!

Kebanggan dan kesayangan Meliza tentunya antologi pertamanya "Taboo" yang diterbitkan pada 2015. "Taboo" adalah buku mengenai perkara yang ibunya tidak mahu dia lakukan. Segala larangan, pantang, peraturan atau tradisi yang diikuti atau dibengkokkan diabadikan di dalam “Taboo”.

Bila ditanya mengenai nasihat untuk pembaca dan penulis muda di luar sana, Meliza berkongsi; "Sentiasa jujur. Ia adalah mengenai sajak, bukannya tentang penyajak. Jika anda mahukan sesuatu, pastikan ia berjaya. Semua atau tiada apa-apa. Teruskan usaha kerana garisan penamat itu tidak wujud sebenarnya. Apabila gementar di pentas, percaya pada karya anda. Ia tidak akan sekali-kali mengecewakan anda."

Belajar lebih lagi tentang puisi di laman Facebook "If Walls Could Talk" @ifwallscouldtalkkl dan lihat tarikh untuk persembahan puisi terbuka dalam dua kali sebulan di Gaslight Cafe, Bukit Damansara. Platform ini juga telah berkembang dengan program baru iaitu "Poetically Correct" bagi penyajak yang sudah berpengalaman mengasah lagi pena mereka dan juga suatu bengkel bertajuk "Poets in Progress" bagi bakat-bakat baru yang ingin belajar tentang puisi.

Ikuti Melizarani di Facebook @MelizaraniSpokenWord dan untuk info lanjut layari www.melizarani.com

You may be familiar with famous and prominent poets in mainstream Malaysia such as Usman Awang, A. Samad Said or maybe even Fynn Jamal, but are you aware of the steady rise of a burgeoning yet distinctive poetry performance scene that is known as spoken word? Previously, spoken word has occasionally greeted audiences at seemingly elitist venues in Kuala Lumpur, gathering attention at open mic sessions at places such as Alexis and No Black Tie.

For further insight on spoken word, we had coffee with Melizarani T. Selva, a 25 year old who feeds her soul with poetry, snacks on teaching creative writing to young school children and puts food on the table as a journalist for a prominent Malaysian daily.

 

Melizarani, more affectionately know as Meliza, started writing since she was six. Her father was an early writing figurehead, introducing her to English poetry. He was also, and still is, a journalist himself. One could say she fell in love with poetry. She eventually discovered that there is a difference between page poetry and spoken word. For her, page poetry can be less impactful, while spoken word brings the poets' words on the page to life. It's almost like the words are literally dancing and acting.

Meliza discovered spoken word around 5 years ago via the collectives Poets' Passport and Poetry Cafe KL. Watching spoken word videos on Youtube inspired her a lot. One of the most influential video she saw was a girl telling the story of her chef ex-boyfriend. Her descriptions of his cooking were vivid and appetizing. It made her feel as if she was enjoying them herself.

 

Her first spoken word piece was "An Afternoon Affair", talking about her first love using Baskin Robbins ice cream as a metaphor. This poem eventually got her an interview with BFM Radio and a free ice cream cake from Baskin Robbins themselves!

When asked what is so interesting about words and poetry, Meliza nonchalantly retorted it's because she couldn't draw! Jokes aside, Meliza believes that words never give up, and they always keep their promise. There will always be a word or a way - whatever language it may be - to describe something. Words have helped articulated and realized many things in her life. She believes every word takes on a different meaning and significance to every individual.

Writing is not an easy endeavour. Ranting on social media may be easy for many, but Meliza writes to understand herself more. She, while sharing that she hates excessive feelings and emotions, always makes an effort to make sure she always writes something bigger than herself. When she performs her poetry, it then becomes a property of her audience. Writing also helps her understand thoughts and feelings that she have yet to experience and understand.

 

As a young lady who thrives on challenges, Meliza kickstarted an initiative called If Walls Could Talk (affectionately known as Walls) and Slamokrasi (a poetry slam) to provide a platform and space for younger poets from all walks of life and languages to congregate and share their works. She set them up as a safe space for both writers and audience alike to experience and appreciate poetry. From its humble beginnings, Walls is now making huge waves to the point that all performance slots - be it poets or open mics - are full for the next three months!

Meliza's pride and joy is her first anthology "Taboo" that was published in 2015. "Taboo" is a book about things her mother told her to not do. All restrictions, prohibitions, rules or tradition she adhered to - and broke - are captured in "Taboo".

When asked for advice for younger readers and writers, Meliza shares: "Always be honest. It's always about the poem, and never about the poet. If you want to do something, see it through. All or nothing. Keep pushing because the finish line does not exist. When you are nervous on stage, trust your poem. It will not let you down."

Find out more about poetry at “If Walls Could Talk” (Facebook @ifwallscouldtalkkl) and check out the dates for their bi-monthly poetry open mic at the Gaslight Cafe in Bukit Damansara. The platform also creates a spin-off show titled 'Poetically Correct' for seasoned poets to hone their skills further and a workshop titled 'Poets in Progress' for new talent to learn the craft.