Jelajah Kampus merupakan daya usaha Rakan Muda untuk melibatkan belia dalam semua bidang: keusahawanan, alam sekitar, kemasyarakatan, hiburan, inovasi, kesenian & kebudayaan, dan digital. Sepanjang tahun ini, Jelajah Kampus akan mengadakan pelbagai bengkel, pameran, dan ceramah di universiti-universiti serata negara – kesemuanya dipimpin belia yang hebat.

HIGHLIGHTS @ Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERSEMBAHAN MUZIK

Jelajah Kampus kembali menjelajah bersama nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Aiman Tino yang baru sahaja melayakan diri ke pertandingan Anugerah Juara Lagu akan turun bersama anda dengan “Ku Rela Dibenci”. Nikmati persembahan bertenaga Sakura Band dan iamNEETA yang membina nama di YouTube. Pesawat akan mengegarkan pentas muzik dengan rentak indie rock mereka dan melengkapkan barisan artis di pentas muzik ialah Hyper Act yang terkenal dengan lagu hit mereka, “Takkan Pergi”.

BENGKEL-BENGKEL

Bina taman mini anda di bengkel terrarium dan warnai dunia anda dengan minyak dan pigmen warna di bengkel Ebru Shibori Notebook. Bersedialah untuk bekerja keras kerana anda akan bawa pulang sebuah lampu meja di bengkel woodwork. Nak buat leather key case anda sendiri? Datang ke bengkel leather making. Tidak ketinggalan, rapikan rambut dengan gaya urban hipster di bengkel hairstyling dan grooming.

 

GALERI SENI

Berkunjung ke ruang pameran dan dekati seni landskap dan potret cat air Nicholas Choong. Visual artist Ruby Subramaniam Thavarupani akan berkongsi karya doodle art beliau dan SRVT – sebuah seni kolektif yang berdakwah menerusi seni pasti akan memukau mata anda. Anda juga boleh sertai Jelajah Warna, sebuah projek yang melibatkan semua kampus yang terlibat dalam siri Jelajah Kampus dalam menghasilkan poster gergasi ‘Doodle Art’.

MEET & CERITA

Anggota kumpulan pop termasyhur KRU, Edry Abd Halim akan berkongsi kisah perjalanan muzik dan perniagaan beliau. Membina nama menerusi Akademi Fantasia, Heliza Helmi akan kongsi mesej-mesej positif dengan anda.

 

Jelajah Kampus is an initiative by Rakan Muda to engage the youth in every aspect: entrepreneurship, environment, community, entertainment, innovation, arts & culture and digital. Throughout the year, Jelajah Kampus will host a variety of workshops, exhibitions and talks – all led by inspiring youths – at universities around the country.

HIGHLIGHTS @ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

MUSIC PERFORMANCES

Jelajah Kampus is back with more performers from the local music scene. Aiman Tino, who is no stranger after securing his spot in the Anugerah Juara Lagu, will be entertaining the crowd with his single Ku Rela Dibenci. Be entertained with Sakura Band’s energetic performances and YouTube sensantion iamNEETA. Pesawat is set to entertain with their indie rock beats, while completing the line-up of music performances is Hyper Act, known for their single Takkan Pergi.

WORKSHOPS

Build your mini garden at the terrarium workshop and add some colours to your life with oil and pigment paints at the Ebru Shibori Notebook workshop. Roll up your sleeves for some carpentary fun at the wood making workshop where you’ll get a chance to make your own table lamp. Fancy making yourself a leather key case? Then head on to the leather making workshop. For grooming tips, head over to the hairstyling and grooming workshop for a free haircut!

 

GALLERY

Browse the gallery and get up close and personal with Nicholas Choong’s water colour landscape and portrait pieces. Visual artist Ruby Subramaniam will share her doodle art masterpieces while SRVT – an art collective using art to convey positive messages – will get you thinking. You can also partake in Jelajah Warna, a project that involves all the Jelajah Kampus universities contributing to a giant doodle art poster.

MEET & CERITA

Edry Abd Halim, part of pop band KRU and luminary figure in the local entertainment scene, will kongsi his music and business journey. Rising to fame after joining reality television show Akademi Fantasia, Heliza Helmi will share her story on her road to success.