Jelajah Kampus merupakan daya usaha Rakan Muda untuk melibatkan belia dalam semua bidang: keusahawanan, alam sekitar, kemasyarakatan, hiburan, inovasi, kesenian & kebudayaan, dan digital. Sepanjang tahun ini, Jelajah Kampus akan mengadakan pelbagai bengkel, pameran, dan ceramah di universiti-universiti serata negara – kesemuanya dipimpin belia yang hebat.

HIGHLIGHTS @ UPM SERDANG

PERSEMBAHAN MUZIK

MonoloQue kembali ke pentas Jelajah Kampus dengan muzik rock elektro Malaysiana. Kali ini, dia akan bersama bukan satu, bukan dua, tetapi tiga nama terkenal dalam industri muzik Malaysia. Najwa Latif terkenal untuk lagu hit ‘Cinta Muka Buku’, dan pastinya akan disukai ramai. Estranged akan mempersembahkan hit-hit popular rock alternatif mereka. Dan tak lain dan tak bukan, siapa tak kenal OAG? Mereka sememangnya antara kugiran rock alternatif indie yang terbesar di Malaysia.

BENGKEL-BENGKEL

Anda akan membina bermacam-macam benda di siri bengkel Makespace: kerusi kanvas tripod, cawan bertukar warna, poster monokrom, dan juga terapan besi. Ramai orang menggunakan Instagram sekarang. Bina ilmu fotografi mudah alih anda dengan bimbingan jurufoto-jurufoto terkenal Faliq Fahmie dan Sher Reen. Izat Arif and Rizal Sufar akan mengadakan bengkel pertukangan kayu, jadi bersedialah untuk bekerja keras!

PAMERAN

Mari ke kawasan pameran dan lihat koleksi Fusion Wayang Kulit, yang memaparkan watak Star Wars seperti Sangkala Vedeh (Darth Vader). Mural-mural 3D akan sedia ada untuk anda semua hayati, dan #projekpiringhitam akan mengimbas kembali kepada zaman keemasan piring hitam dalam sejarah muzik Malaysia. Warna-Warna Kita juga akan berada di pameran ini, di mana semua universiti-universiti Jelajah Kampus akan mengambil bahagian dalam pembuatan poster gergasi ‘Doodle Art’.

MEET & CERITA

TapauTV akan mengadakan ceramah motivasi dipanggil TapauTalks bersama artis, ahli sukan, pemimpin pendapat utama dan usahawan belia yang berinspirasi, termasuk artis Borneo Alena Murang, pengasas Biji-Biji Interactive Azam Hisham, dan penyanyi muzik indie Wani Ardy. Sesi Meet & Cerita oleh Majlis Sukan Negara pula akan menampilkan atlet-atlet dari bidang boling dan silat olahraga: Syaidatul Afifah bt Badrul Hamidi, Zulmazran bin Zulkifli, dan Mohd Al Jufferi bin Jamari. Dan sebagai bonus tambahan, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin akan mengambil pentas untuk membincangkan trend semasa dan isu-isu yang berkaitan dengan belia.

 

 

 

Jelajah Kampus is an initiative by Rakan Muda to engage the youth in every aspect: entrepreneurship, environment, community, entertainment, innovation, arts & culture and digital. Throughout the year, Jelajah Kampus will host a variety of workshops, exhibitions and talks – all led by inspiring youths – at universities around the country.

HIGHLIGHTS @ UPM SERDANG

MUSIC PERFORMANCES

MonoloQue is back on the Jelajah Kampus stage with his brand of Malaysiana electro-rock. This time, he’s joined by not one, not two, but three bonafide names in the Malaysian music industry. Najwa Latif, popular for her massive hit ‘Cinta Muka Buku’, is sure to be a crowd-pleaser. Estranged will be playing their chart-topping alternative rock hits for us. And of course, few people need introduction to OAG, one of Malaysia’s greatest indie alternative rock bands to date.

WORKSHOPS

Start making stuff straightaway with Makespace’s series of workshops. Make a stool, a colour-changing mug, or a poster, and even try your hand at metal stamping. Everyone’s on Instagram these days, so polish your mobile photography skills with popular photographers Faliq Fahmie and Sher Reen guiding your way. Izat Arif and Rizal Sufar will be running a woodworking workshop, so roll your sleeves up for some carpentry fun.

GALLERY

Browse the gallery area and get up close with Fusion Wayang Kulit, featuring Star Wars characters like Sangkala Vedeh (Darth Vader). 3D murals will be on display for you to take fun photographs with, and #projekpiringhitam will revive Malaysian music from the golden vinyl days. You can also partake in Jelajah Warna, which is Jelajah Kampus’ travelling piece of doodle art.

MEET & CERITA

TapauTV will be hosting motivational talks called TapauTalks featuring young and inspiring artistes, athletes, key opinion leaders and entrepreneurs, including leading Borneo artist Alena Murang, Biji-Biji Interactive founder Azam Hisham, and indie singer-songwriter Wani Ardy. There will also be a Meet & Cerita session by the National Sports Council of Malaysia (Majlis Sukan Negara) with atheles from the fields of bowling and martial arts, including Syaidatul Afifah bt Badrul Hamidi, Zulmazran bin Zulkifli, dan Mohd Al Jufferi bin Jamari. And as an added bonus, Youth & Sports Minister YB Khairy Jamaluddin will be taking the stage to discuss current trends and issues relevant to the youth.