Jelajah Kampus merupakan daya usaha Rakan Muda untuk melibatkan belia dalam semua bidang: keusahawanan, alam sekitar, kemasyarakatan, hiburan, inovasi, kesenian & kebudayaan, dan digital. Sepanjang tahun ini, Jelajah Kampus akan mengadakan pelbagai bengkel, pameran, dan ceramah di universiti-universiti serata negara – kesemuanya dipimpin belia yang hebat.

HIGHLIGHTS @ UniSZA, Terengganu

PERSEMBAHAN MUZIK

Artis hiphop Altimet akan memukai anda dengan kebolehannya menyampaikan lenggok rap dalam pelbagai genre. Najwa Latif yang terkenal dengan lagu hit beliau ‘Cinta Muka Buku’ pastinya akan disukai ramai. Rockers Pantai Timur Aeroplan Band akan membawa hit moden rock mereka ke pentas. Melengkapkan barisan persembahan muzik adalah Mal Imran dan Syafeek Ikhwan.

BENGKEL-BENGKEL

Kepada penggemar basikal, Pedal Malaya akan berkongsi tips dalam penjagaan basikal di Klinik Basikal. Bersedialah untuk bekerja keras kerana anda akan membina tool box anda di bengkel pertukangan kayu. Anda nak buat stamp sendiri? Di bengkel stamp making & printing, anda boleh menerokai dunia kreativiti anda. Peminat street art, siap sedia dengan spray paint anda di bengkel graffiti art.

 

PAMERAN

Jom ke kawasan pameran dan dapatkan inspirasi dari siri fotografi oleh Nadirah Zakariya yang bertemakan Still Live. Koleksi terbaru dari artis kontemporari September Khu yang bertajuk Beautiful Mess pula akan memukau anda! Peminat seni mural pasti akan terpesona dengan karya seni oleh Newba. Jelajah Warna juga akan berada di pameran ini, di mana semua universiti-universiti Jelajah Kampus akan mengambil bahagian dalam pembuatan poster gergasi ‘Doodle Art’.

 

MEET & CERITA

Mahu ceburi bidang online business? Pelakon terkenal Natasha Hudson akan berkongsi kisah perniagaan produk organik beliau dan juga tips perniagaan atas talian. Kepada peminat Ally Iskandar, jangan ketinggalan untuk mendengar pengalaman beliau dalam dunia kewartawanan.

 

Jelajah Kampus is an initiative by Rakan Muda to engage the youth in every aspect: entrepreneurship, environment, community, entertainment, innovation, arts & culture and digital. Throughout the year, Jelajah Kampus will host a variety of workshops, exhibitions and talks – all led by inspiring youths – at universities around the country.

HIGHLIGHTS @ UniSZA, Terengganu

MUSIC PERFORMANCES

Hip hop artist Altimet will be busting his signature rhymes, delivering a fun, musically diverse performance, while Najwa Latif, popular for her massive hit ‘Cinta Muka Buku’, is sure to be a crowd-pleaser. East Coast fan favorite Aeroplane Band will bring their modern rock hits to the stage. Completing the line-up of music performances are Mal Imran and Syafeek Ikhwan.

WORKSHOPS

To all bicycle enthusiasts, Pedal Malaya will be sharing tips and tricks for keeping your bike in good shape. Roll up your sleeves for some carpentary fun at the woodmaking workshop or explore your creativity in making stamps during the stamp making & printing workshop. For fans of street art, get ready with your spray paint at the graffiti art workshop.

 

GALLERY

Browse the gallery area and get up close with Nadirah Zakariya’s photography series Still Life, while the latest collection from urban contemporary artist September Khu entitled Beautiful Mess will surely amaze you! Grafitti artist Newba will also be showcasing some of his latest artworks. You can also partake in Jelajah Warna, a project that involves all the Jelajah Kampus universities contributing to a giant doodle art poster.

 

MEET & CERITA

Want to run your own online business? Award-winning actress Natasha Hudson will share her story on running an organic products business along with tips and tricks on social media marketing too! To all Ally Iskandar fans, don’t miss out on hearing his experience in the world of journalism.