CUT! Selami kraf video muzik Haverhuck VHS

Hampir tanpa disedari, arena muzik indie dan urban tanahair kini mempunyai seorang karyawan baru yang pantas merebut perhatian di YouTube dan Facebook.

Video muzik rekaan Haverhuck VHS, atau nama sebenarnya Abdul Haq Musa, telah menjadi identiti visual untuk lagu-lagu terbaru dari artis yang mungkin belum mainstream, tapi sudahpun mempunyai ramai peminat di laman media sosial: Banana oleh Jin Hackman (yang memenangi MET Award dari Hitz.fm untuk Video Muzik Terbaik), Junk Food oleh Jocelyn Stemilyn, Rap Banglo oleh K- Main, ke video terbaru Haverhuck, Budak Flat oleh Aman RA.

“Kaedah saya sedikit bebas dan saya mengikut keadaan semasa penggambaran. Bukannya saya anti- perancangan, tetapi saya sedar yang ini memang cara saya lebih senang bekerja,” ujar Haq. Dalam beberapa situasi, jalan cerita video muziknya ditentukan sejurus sebelum kamera mula merakam, malahan Haq akan mengambil kira lokasi, cuaca dan keadaan setempat sebelum memutuskan apa yang akan digambarkan dalam karyanya.

“Kadang-kadang saya terkandas di set penggambaran memikirkan nak shoot apa lagi. Kalau ada idea yang bernas dari kru atau bakat di set, saya jalankan saja!”

Sebagai seorang pemuzik hip-hop yang bernaung di bawah kumpulan TRS, Haq rasa bahawa pengalamannya di bidang kreatif yang lain cukup membantu proses karya videonya. “Saya buat video sama saja dengan cara saya buat lagu,” katanya. “Biasanya saya menulis lirik untuk dipadankan dengan muzik yang digubah. Sama juga, dengan video saya akan sunting apa yang dirakamkan supaya serasi dengan susunan dan jalan cerita lagu.”

Tidak hairan, filem-filem yang menjadi inspirasi buat Haq juga agak lain dari yang selalunya dapat ditonton di pawagam. Kebanyakan karya filem yang disanjungi Haq datangnya dari industry perfileman Asia (Salaam Bombay, Oldboy, Taare Zameen Pare); selainnya adalah filem ‘cult’ yang tidak diminati ramai, tetapi masih berpengaruh dalam komuniti filem: The Big Lebowski, Blood In Blood Out, dan komedi 90an lakonan Alicia Silverstone, Clueless. Haq juga mengakui dirinya ‘kipas susah mati’ filem 80an yang melonjakkan nama Faizal Hussein: Gila-Gila Remaja.

“Saya memang terpengaruh dengan apa sahaja saya tonton. Saya tak pernah cuba menjadi karyawan yang ‘original’ tanpa meminjam konsep karyawan lain. Saya ikut saja apa yang terlintas di fikiran dan but sebaiknya.”

Namun, kata Haq, perfileman bukannya suatu bidang yang mudah diceburi, mahupun suatu hobi yang murah. “Pada mulanya, saya pun gerun hendak membeli kamera, kerana kamera dulunya mahal,” katanya. Tetapi lambat laun kos untuk memulakan kerjaya perfileman amateur semakin turun, dan perisian komputer yang diperlukan untuk membuat suntingan filem dan post-processing juga semakin mudah didapati di pasaran.

Haq menasihati mereka yang berminat dengan karya video untuk berhati-hati dalam memilih peralatan yang perlu dan berpatutan harganya. Kaji terlebih dahulu apa yang sesuai dan penting, dan belilah peralatan ringkas dahulu. Tiada gunanya membazir wang untuk membeli peralatan yang hanya digunakan sekali-sekala, ujar Haq.

Mempelajari teknik perfileman juga tidak semestinya dilakukan di peringkat formal. “Layarilah YouTube, cari tutorial di sana, luangkan beberapa jam sehari dan belajar dari mereka yang sudahpun berjaya. Lambat laun kita tahu la sedikit sebanyak,” katanya.

Mempromosi video baru yang telah dimuat atas ke media sosial juga suatu kemahiran yang penting. Walaupun sesuatu karya baru telah ada di YouTube, penonton takkan tahu sehingga mereka dimaklumkan di Twitter, Facebook, atau Instagram. “Saya cuba mempromosikan video saya, sampai sanggup membelanjakan sedikit wang di Facebook untuk membeli ruang iklan,” kata Haq. “Artikel dari majalah dan blog tentang video saya juga amat berkesan, saya bersyukur bila kerja saya dipaparkan di media massa.”

Kata Haq lagi, buat artis zaman sekarang video muzik hampir sepenting album muzik artis itu sendiri, memandangkan orang ramai semakin terpaut dengan karya berbentuk visual yang berkualiti. Haq juga digalakkan oleh pembesaran pesat komuniti internet tanahair, yang kian menjadi sistem dukungan bukan sahaja untuk penggiat filem dan video, bahkan untuk semua karyawan kreatif profesional. Haq percaya dalam masa terdekat, lebih banyak lagi projek kreatif dapat dijayakan melalui sokongan yang diterima dari komuniti media sosial Malaysia.

Pokoknya, Haq bekerja keras untuk memastikan daya kreatifnya tidak dikongkong, dan Haverhuck VHS dapat terus menerbitkan video muzik yang berkualiti. “Saya ni sebenarnya nak jadi geek saja,” kata Haq. “Video saya semuanya mengenai orang yang menerima hakikat yang mereka ini geek tentang topik masing-masing, dengan cara yang paling berseni yang kami boleh olahkan. Jika ada penonton yang suka karya saya, saya sudah cukup bersyukur.”

Nasihat terakhir Haq buat penggiat filem muda: “Cara terbaik untuk mula bergiat dalam muzik video ni, buat saja. Pergilah rakamkan apa pun. Dari dengar saya cakap pasal buat video, lagi baik buat video saja terus.” Geek sungguh Haq ni.

Untuk maklumat lanjut tentang projek-projek Haverhuck VHS, layari www.haverhuck.com.

FAST CUTS: Haverhuck VHS’s Arresting Music Videos

Seemingly overnight, the Malaysian indie and urban music community became enamoured with the work of one music video director whose work spread through YouTube and Facebook like wildfire. Haverhuck VHS, the nom de plume of filmmaker Abdul Haq Musa, has become synonymous with off- kilter, budget-friendly music videos with an edgy, irreverent bent, from Jin Hackman’s Banana (the music video for which won a MET Award from Hitz.fm), to Jocelyn Stemilyn’s Junk Food, to K-Main’s Rap Banglo, to Haq’s latest, Aman RA’s Budak Flat, which has gone on to become an online viral sensation.

“My style is usually a bit freeform and improvisational. It's not that I hate structure, but I have come to accept that this is just who I am,” Haq explains. He adds that in some cases, the storylines for his music videos are made up on the fly, or are a result of the locations and circumstances available to him when he’s able to shoot.

“I would be on set at 3am not knowing what's going to happen, if someone pops up with a good idea, I'll just run with it,” he adds.

Being a hip-hop MC/producer and a member of local rap group TRS himself, Haq says his experience as a musician has informed his approach to filmmaking. “I approach videos the same way I approach rapping,” he says. “I would normally write rhymes to suit the beat, therefore when I'm making videos I cut footage to the feel of the music.”

As far as external artistic influences go, Haq’s are unsurprisingly eclectic. He’s inspired by such far- flung sources as landmark Asian movies (Salaam Bombay, Oldboy, Taare Zameen Pare) to quirky cult classics (The Big Lebowski, Blood In Blood Out, the Alicia Silverstone comedy Clueless), to even that monolith of 80s Malay filmmaking, Gila-Gila Remaja.

“I am definitely inspired by everything that I have indiscriminately digested. I don't actively attempt to be original, I often just go with the flow and do whatever.”

However, Haq admits that filmmaking is not an easy discipline to pick up. “Back in the day, I used to avoid cameras because I can't afford them,” he says, but now equipment and software have become increasingly more affordable, leading to his decision to take up the challenge. Still, he advises those who are interested in becoming music video producers to be careful not to overspend on costly gear, and to conduct thorough research before deciding what to buy. Learning the tricks of the trade, he says, need not be a formal education.

“You can go on YouTube for a few hours and end up pretty knowledgeable.”

He also stresses the importance of promoting a finished music video – while they may be uploaded on YouTube and other streaming video services, the audience might not know they’re online until they’re told on social media. “I do attempt to promote them, to the point of putting down some cash for advertisement space,” Haq explains. “I'm also thankful for all the blog/magazine coverage, which helps.”

Music videos, he says, are now almost as important as album releases themselves, with the promotional power of social media and the public’s fixation on quality visual content. He is also encouraged by how quickly the Malaysian online community is growing to become a support system for not only filmmakers, but creative professionals in general. He believes that in time, more creative projects can gain a tangible foothold on public consumption just by being shared through social media.

His laidback philosophy to creating art, be it visual or musical, boils down to how Haq sees himself as a creative individual and Haverhuck VHS as a music video production entity. He aspires to be “a carefree geek who is comfortable in his own skin, geeking out freely and innocently,” in his own words. “My videos are all about geeking out, I just want to make things that are cool aesthetically and spiritually, to some people at least. If they feel 'some type of way' about my videos, I'm happy.”

His final piece of advice to youths looking to be the next Hype Williams or Martin Scorsese? “The best way to start is to just do, so shoot. Don't listen to me and spend the two minutes you’ve spent reading this article making a two minute video.”

Spoken like a true geek.

Find out more about Haverhuck VHS at www.haverhuck.com.