Dalam dunia global hari ini, kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat disangkal lagi kerana bahasa ini sudah menjadi antara medium komunikasi terbesar di dunia. Tambahan pula, dengan percambahan sosial media, cara pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris juga menjadi lebih mudah.

Englishjer, atau dalam bahasa pasarnya membawa maksud sesuatu yang mudah untuk dipelajari; itulah matlamat Englishjer. Dengan erti kata lain, mempelajari English dengan cara lebih mudah.

Diasaskan oleh Qayyum Jumadi, Englishjer merupakan inisiatif anak muda yang berhasrat merapatkan jurang pendidikan di Malaysia, dengan menjadikan Bahasa Inggeris lebih mudah dan lebih santai untuk dipelajari. Englishjer berusaha meyakinkan golongan belia bahawa mengusai Bahasa Inggeris tidaklah sukar, dengan menggabungkan jenaka, media sosial dan aktiviti berasaskan komuniti.

 

“Banyak yang telah diperkatakan tentang penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak muda Malaysia. Kita tidak perlu melihat jauh untuk mencari punca permasalahan ini dan menuding jari kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebaliknya, ini adalah masa terbaik untuk kita melihat diri kita dan menjadi sebahagian daripada solusi dalam memulakan sesuatu untuk menarik minat belia dalam menggunakan Bahasa Inggeris, atau paling tidak, tidak gentar akan Bahasa Inggeris,” terang Qayyum, seorang graduan undang-undang yang menemui minatnya dalam bidang penulisan, penerbitan dan pembangunan belia.

Menurut beliau lagi, untuk melihat perubahan ini berlaku, kita perlu menggunakan saluran sosial media dengan bijak dan menjadi pengaruh yang positif kepada anak belia. Untuk merealisasikan impian ini, kita perlu menggalakan lebih banyak suara positif di laman sosial, sekurang-kurangnya ia mampu memberi tekanan kepada status quo yang kadangkala tidak masuk akal. Apabila ini terjadi, laman sosial media akan menjadi lebih terbuka sebagai medium pendidikan.

Englishjer mungkin telah bermula sebagai sebuah projek eksperimen, namun, kini ia telah berkembang dengan 153,000 followers. Garismasa Englishjer di Twitter dipenuhi dengan elemen-elemen tatabahasa, kosa kata, simpulan bahasa dan lain-lain yang membentuk penguasaan Bahasa Inggeris.

 

“Setiap hari, kami berkongsi cara yang mudah untuk difahami dan diamalkan. Bagaimana kami melakukannya? Kami menggabungkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam menerangkannya – bersesuaian dengan budaya belajar orang Malaysia.”

Qayyum percaya dunia sedang bergerak dalam menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama di dunia – yang kini di tempat ketiga selepas Mandarin dan Spanish.

"Mempelajari Bahasa Inggeris membolehkan kita meluaskan jaringan kenalan. Kita boleh berkomunikasi dan mengekspresikan diri kita dengan lebih baik. Kita juga boleh membaca lebih banyak buku, menonton lebih banyak filem dan mendengar lebih banyak muzik,” terang Qayyum dalam menjelaskan mengapa Bahasa Inggeris perlu dipelajari.

 

Englishjer juga turut berkembang di akaun YouTube, dan seringkali tampil di pelbagai platform media baharu dan juga media cetak dalam memperjuangkan cara alternatif dalam pembelajaran.

Kini, Englishjer telah berkembang di luar akaun Twitter menerusi pelbagai sesi latihan, kem, pameran, pertandingan dan banyak lagi dalam menarik minat semua lapisan masyarakat mempelajari Bahasa Inggeris. Menerusi program latihan dan kem anjuran Englishjer, Qayyum dan rakan-rakan membantu para pendidik mewujudkan pelan pembelajaran individu untuk setiap kanak-kanak. Pelan ini menggabungkan pengajaran secara langsung dan kerja kumpulan serta one-to-one tutoring.

Di masa hadapan, Englishjer mahu menubuhkan sebuah pusat bahasa dengan tujuan utama - menyokong pembelajaran sendiri dalam menuntut ilmu.

Jom! Pelajari English dengan cara yang awesome bersama @Englishjer di Twitter dan Facebook.

 

In today’s global world, the importance of English is undeniable as it is one of the most common languages spoken around the globe. Add to this, the proliferation of social media, and learning and teaching English has become easier than ever before.

Enter Englishjer. Meaning "It's only English!", a common colloquial Malay saying to show that something is easy, that's what Englishjer brings to the table: A simpler, more fun way to learn to English.

Founded by Qayyum Jumadi, Englishjer is a youth initiative that aspires to bridge the education gap in Malaysia by making English more relatable, approachable, and unintimidating. It strives to convince youths that English is not difficult, using a combination of wits, social media and community-based events.

 

“Much has been said about Malaysian youngster’s English proficiency. We don’t have to look so far into the cause of the problem and start pointing fingers as to who’s responsible. Instead, maybe it’s time to look at ourselves as part of the solution and start doing something to get youths to use English or at least to not be intimidated by it,” explains Qayyum, a legal graduate who found love in communication, specifically writing, production and youth development.

According to him, for a shift to happen, we have to make social media smarter and become a positive influencer for the youths. For that to happen, we must encourage better people to have their presence counted in social media to at least give fight to all the nonsensical status quo. When this happens, social media will be more open to be used for education.

While Englishjer might have started out as an experimental project, it has now grown to over 153,000 Twitter followers. Its Twitter timeline is a thriving place for learning grammar, vocabulary, idioms and other aspects that make up English proficiency.

 

“Every day, we share bite-sized lessons that are easy to understand and practice. How do we do it? We combine English and Malay for the explanations – perfect for the learning Malaysian.”

Qayyum believes that soon, English could be the world’s most spoken language – it is currently in the third spot, after Mandarin and Spanish.

“Learning English allows us to expand our network. We can communicate and express ourselves better. We could read more books, watch more movies and listen to more music,” explains Qayyum on the importance of learning English.

 

Englishjer has since grown to have its own YouTube channel, and also appearing in various new sites and print media in championing alternative ways of learning.

Now, Englishjer has grown an offline presence; conducting trainings, organising camps, quizzes, games, exhibitions, contests, and a lot more to get people from all walks of life to be involved in teaching and learning English. Via its training programme, Qayyum and team help educators create an individual learning plan for every child. This plan combines direct instruction, small-group work and one-one-one tutoring in a way that would work for their students.

In the future, Englishjer hopes to set up a language center with its primay aim to advocate self-learning in pursuit of knowledge.

Jom! Learning English is awesome with @Englishjer on Twitter and Facebook.