Selepas terjumpa sebuah kedai seramik sewaktu kuliah Bahasa Perancis di Paris, Lee Ee Vee mendapat ilham untuk mengejar cita-citanya sewaktu kecil sebagai pereka dalaman, yang lantas membawa kelahiran sebuah label seramik - Thirty3Eleven.

Kemahiran membuat tembikar bukanlah kemahiran yang mahu dipelajari oleh Ee Vee, kerana pada awalnya, Ee Vee lebih berminat untuk berniaga seramik. Selepas mendapati caj cukai dan duti import yang tinggi untuk mengimport seramik ke Malaysia, dan harga yang akan dikenakan kepada pengguna tidak bersesuaian dengan pasaran Malaysia, Ee Vee bernekad untuk menembusi halangan ini dengan mempelajari kemahiran membuat seramik dengan sendiri.

Halangan terbesar yang dihadapi oleh Ee Vee adalah mempelajari kemahiran ini dari awal dan tekanan yang dihadapi untuk mencari rezeki menerusi kemahiran membuat tembikar. “Mempelajari bagaimana untuk bekerja dengan tanah liat, bagaimana mahu menyadur dengan cara yang betul, mengambil masa yang lama. Dan saya masih jauh dalam perjalanan ini. Kini, saya lebih tertumpu kepada satu teknik dan saya masih ada teknik wheel throwing yang paling popular untuk dikuasai,” jelas Ee Vee yang tidak menafikan hakikat yang beliau mempunyai hari yang kurang baik dan pulang dari studio dengan hasil kerja yang kurang memuaskan.

 

Apabila hasil kerja dan kemahiran Ee Vee semaking berkembang, beliau berharap seni seramik Thirty3Eleven dapat merakam dan mengambarkan budaya Malaysia, sama seperti dengan perniagaan beliau sebelum ini yang diasaskan bersama dengan rakannya – The Last Polka, salah satu perintis dalam menghasilkan ais krim dengan citarasa tempatan seperti Salted Gula Melaka dan Teh Tarik.

Bertentang dengan pendapat popular yang percaya terdapatnya kebangkitan pembuat tempatan, Ee Vee percaya terdapat penurunan melebihi kebangkitan. Mengambil contoh pekan-pekan lama sekitar Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Klang, generasi pembuat tempatan sudah lama ada. “Dahulunya, kita mengupah tukang kayu untuk membuat perabut di rumah kita sebelum kedatangan perabut pasang-siap di Malaysia dan kini, pereka fesyen sukar mencari tukang jahit tempatan.”

Sehubungan dengan itu, Ee Vee merasakan persaingan adalah baik dan tanpa persaingan yang sihat, kita lebih cenderung untuk merasa selesa dan tidak mampu untuk berkembang. Tambah beliau lagi, “Lebih ramai pembuat dalam pasaran, lebih banyak ruang dan kesempatan yang ada dalam mendidik pengguna tentang produk terkini yang ada di pasaran.”

 

Selain menikmati secawan kopi panas di pagi hari, Ee Vee masih lagi bergelut dengan rutin seharian sebagai seorang artisan. Beliau percaya tembuk perlu dibina dalam kerja seharian seorang artisan bagi memastikan gangguan seperti email dan sosial media tidak menghalang beliau dalam melakukan apa yang jauh lebih penting – menghasilkan seni seramik. “Ia masih lagi matlamat yang saya sedang usahakan dan saya fikir penting sebagai seorang artisan mempunyai seditkit struktur dalam melakukan kerja harian.” Beliau menggalakkan setiap artisan menyediakan waktu yang tertentu untuk menjawab panggilan, membalas mesej dan email dan beliau pasti, produktiviti dapat ditingkatkan.

Sebagi seorang artisan, waktu dan kualiti kerja tidak boleh di pandang ringan. “Jangan terlalu mengejar pesanan sehingga kualiti kerja dan pengurusan masa terjejas. Tidak mampu deliver dari segi masa dan kualiti adalah perkara yang besar, terutamanya ketika saya masih lagi dalam fasa pembelajaran,” jelas Ee Vee yang berkongsi pengalaman baru beliau yang agak berbeza dari latar belakang F&B beliau.

Ee Vee percaya anak muda harus mengejar impian dan cita-cita, tetapi dalam masa yang sama, perlu menjadi realistik. “Saya rasa kita perlu seimbang dalam mengejar nyala ghairah di dalam hati, tapi soal realiti kehidupan seperti punca pendapatan juga perlu diberi perhatian. Jadi, dampingi diri anda dengan individu-individu yang menyokong perjalanan karier anda dan jika apa yang kita mahukan tidak membuahkan hasil, penting juga untuk kita ketahui bila masa yang sesuai untuk keluar.”

Lihat kepingan seramik Thirty3Eleven dengan lebih dekat di Gudang, Cuevolution Fashion and Koncent Malaysia. Layari @thirty3eleven di Instagram untuk lihat hasil kerja tangan Lee Ee Vee.

After stumbling upon a ceramics shop while studying French in Paris, Lee Ee Vee was inspired to chase her childhood dream of being an interior designer, leading to the birth of ceramics label Thirty3Eleven.

Pottery wasn’t the skill she wanted to acquire, as she intended to trade ceramics. Soon after she found out the tax and duty charges for importing ceramics into Malaysia was high, and the end price for consumers would not fit the Malaysian market, she decided to circumvent the barrier by learning how to hand-craft ceramics on her own.

The biggest challenge for Ee Vee was to learn a skill from scratch and the pressure of trying to make a living for herself. “Learning how to work with clay, how to glaze your work the right way, took months of practice. And I’m no where near done practicing. I’ve concentrated on one technique now and I still have the most popular wheel throwing technique to master,” explains Ee Vee, not denying the fact she has had bad days of coming back from the studio with her failed work and moments.

 

As her work and skills evolve, she hopes Thirty3Eleven’s ceramic pieces will be able to record and reflect bits of Malaysiana, just like she did with her previous business that she co-founded – The Last Polka, which is one of the pioneers of the local artisanal ice cream scene with flavours such as Salted Gula Melaka and Teh Tarik.

Contrary to popular belief on the rise of local makers in Malaysia, Ee Vee believes there’s a decline much more than a rise. Taking examples of the old parts of Kuala Lumpur, George Town, Ipoh and Klang, there have been a long list of artisan makers for generations. “We used to get carpenters to make all our furniture before ready-to-assemble furnitures arrived on our shores and fashion designers find it very hard to source for local seamstresses these days.”

That being said, Ee Vee believes competition is good and without it, we tend to get stagnant and complacent. She added, “The more makers there are in the marketplace, the more avenues we have in educating consumers about the new generation of products.”

 

Other than a cup of freshly brewed coffee in the morning, Ee Vee is still negotiating a routine in her daily life as an artisan. She believes in building a wall around her work, to keep distractions, such as emails and social media, at bay and to focus on what’s really important - her actual work. “It’s a goal I'm working on and I think it's necessary for artisans to have the work-day structured that way.” She encourages artisans to set aside block times to answer calls, messages and emails and the productivity will increase in no time.

As an artisan, time and quality mustn’t be compromised. “Do not jump ahead and over commit on orders. Not being able to deliver both in terms of time and quality would be a huge deal, especially when I’m still at the learning stage,” explains Ee Vee in sharing her new experience that differs from her F&B background.

Ee Vee believes youngsters should jump into pursuing their dreams and passion, but at the same time, ought to be realistic. “I think we have to balance pursuing what’s burning in our heart, with the realities of life such as bread and butter issues. So, surround yourself with supportive individuals and if things don’t work out, it’s just as important to know when to exit.”

See more of Thirty3Eleven’s ceramic pieces in places like Gudang, Cuevolution Fashion and Koncent Malaysia. Check out Lee Ee Vee’s hand built stonewear - Thirty3Eleven at @thirty3eleven on Instagram.