Apabila bercerita tentang komik tempatan, yang terus dalam kepala adalah karya Datuk Lat yang digemari ramai atau majalah Gila-Gila atau Ujang, tak pun Gempak bagi budak-budak muda sekarang.

Ramai generasi muda sekarang dapat pendedahan yang lebih banyak kepada dunia komik, ini kerana banyaknya komik yang diimport daripada Amerika, Hong Kong dan Japan di kedai-kedai runcit atau kedai buku komik seperti The Mind Shop dan Comics Corner. Mengumpul komik juga adalah satu hobi yang popular sekitar tahun 90an dan 2000, sebelum internet dan tukaran mata wang memberi impak negatif.

 

Bram Lee, yang membesar dalam kegemilangan komik, telah mengukir nama untuk dirinya sendiri sebagai pengasas Cartoon Hooligans, saluran Youtube Malaysia pertama yang mencecah 1,000,000 pelanggan.

Menurut ibu bapa Bram, beliau mula melukis sejak mula memegang pensel dan sentiasa tahu yang dia mahu menjadi seorang artis daripada kecil lagi. Dilatih dalam animasi 2D dan 3D, dia memilih untuk bekerja sendiri selepas merasa bosan menjadi pereka grafik. Semasa tempoh inilah, beliau memulakan Cartoon Hooligans.

"Ini bermula sebagai satu cara untuk melarikan diri daripada kekangan sebagai artis 3D bebas kerana klien mempunyai kawalan sepenuhnya atas karya saya. Sebagai seorang artis, saya tidak sukakannya langsung. Saya tak boleh ekspresi diri. Saya nak buat perkara yang menyeronokkan - lukis kartun, tapi lebih dewasa dan sedikit berani. Saya bangun setiap hari untuk berseronok. Memang sangat syok."

Susah untuk dipercayai tapi inilah kebenarannya, Bram menggambarkan diri sebagai hanya anak muda yang biasa, yang sedang cuba bekerja keras untuk hidup. Datang daripada persekitaran kampung di Sungai Petani, Kedah, Bram berpindah ke KL dalam 10 tahun yang lepas setelah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Gempak, di mana hadiah kemenangan adalah peluang menjadi artis bebas dengan mereka.

"Bagi saya, tidak penting daripada mana kita datang. Yang penting adalah dalam kepala kita dan bagaimana kita cuba mencapai apa yang dihajati. Saya suka bercerita dengan seni. Menulis atau bercakap bukan kepakaran saya, tapi dengan seni, saya boleh bercerita dengan cara yang lebih menarik."

Cartoon Hooligans memaparkan pardi animasi karakter superhero, menggabungkan dunia komik yang popular iaitu Marvel dan DC serta karakter daripada manga Jepun seperti Dragon Ball Z. Terdapat lebih kurang 38 video dalam saluran YouTube dengan lebih 150,000,000 tontonan daripada US dan UK. Video “Dragon Ball Z VS Marvel Superheroes - What If Battle" yang dihasilkannya mempunyai lebih 40,000,000 tontonan!

"Saya membesar dengan membaca komik Jepun dan Hong Kong kerana ia apa yang saya boleh dapatkan di Sungai Petani. Saya membaca komik Amerika yang pertama semasa saya berumur 15 tahun dan ia menjadi rujukan utama saya ketika saya sedang berlatih menjadi artis komil."

Apabila ditanya siapakah artis komik Amerika yang paling diminati, Bram dengan pantas menjawab.

"Jim Lee. Beliau adalah inspirasi dan artis paling saya kagumi. Stail seni saya paling dipengaruhi oleh beliau. Kalau boleh saya nak berjumpa dengan beliau kerana saya dengar cerita yang dia seorang yang rendah diri dan sopan-santun walaupun mempunyai nama besar. Beliau adalah penerbit DC Comics tapi beliau masih lagi berkarya sehingga hari ini. Kalau di Malaysia, tentulah Encik Tan Eng Huat a.k.a Kutu, seorang artis komik yang berjaya bagi Marvel dan DC. Beliau telah menghasilkan karya besar seperti Justice League of America, Batman, Silver Surfer dan Punisher."

 

Walaupun parodi yang dihasilkan mungkin ada lawak lucu, Bram mengambil seni dan minatnya dengan serius. Beliau mempunyai visi yang jelas apa yang dia mahukan dan melihat komik lebih daripada hiburan semata-mata.

"Matlamat utama saya adalah untuk mempunyai sebuah syarikat yang membantu artis terutamanya bakat tempatan untuk menerbitkan karya-karya mereka di luar negara dan membantu mereka dari segi kewangan. Artis di Malaysia tidak dihormati sebagai profesional dan kebanyakannya tidak dapat bayaran setimpal. Artis muda harus gigih dalam mencipta seni yang mereka suka dan penting untuk menjadi lebih usahawan."

Fandom itu bagus tapi ini menggunakan superhero yang sedia ada. Bagaimana pula dengan superhero sendiri? Kisah diri sendiri?

"Saya ingin bercerita kisah sendiri satu hari nanti. Tetapi untuk menjadikan impian satu kenyataan di negara ini, saya memerlukan strategi. Saya tak boleh terus menerbitkan kandungan sendiri. Saya perlu mengumpul peminat dan penonton setia dahulu. Kemudian, barulah saya memperkenalkan kandungan dan kisah nukilan sendiri.""

When talking about local comics, we will immediately think of Datuk Lat's evergreen strips or the memorable Gila-Gila or Ujang issues or even Gempak for the younger ones.

Many of the younger generation had a more diverse exposure to comics, as the country imported comics from America, Hong Kong and Japan via newstands or boutique comic shops like The Mind Shop and Comics Corner. Collecting comics was a huge hobby back in the 90s and 2000s, before the internet and the exchange rate started having an effect. Bram Lee, a child of those memorable years, has carved out a niche for himself as the founder of Cartoon Hooligans, the first Malaysian Youtube channel to hit 1,000,000 subscribers.

 

According to Bram’s parents, he started drawing ever since he first held a pencil and he had always known that he wanted to be an artist all his life. Trained in both 2D and 3D animation, he decided to freelance after being jaded with life as a graphic designer. It was during his freelance time that he started Cartoon Hooligans.

"I started it as an escape from my life as a freelance 3D artist because my clients had total control over my work. As an artist, I didn't enjoy that at all. I could not express myself. I wanted to have lots of fun – doing cartoons, but a bit more adult and daring. I wake up every day to having fun. How awesome is that?"

It's hard to contend that. Especially when Bram describes himself as just another ordinary Malaysian youth, working hard to make a living. Coming from the humble surroundings of Sungai Petani, Kedah, Bram moved to KL about 10 years ago after winning a competition organized by Gempak, whose prize included a chance to be a freelance artist with them.

"For me, it doesn't matter where a person comes from. What matters is one's mind, and how he prepares himself towards achieving his goals. I love to tell stories with my art. Writing or speaking isn't my forte, but with art, I can tell a story in a much more interesting manner.""

Cartoon Hooligans features animated parodies of superhero characters, mashing up the popular universes of Marvel and DC with other characters from Japanese manga such as Dragon Ball Z. There are 38 videos on the channel currently, with a total of over 150,000,000 views mostly from the US and UK. His "Dragon Ball Z VS Marvel Superheroes - What If Battle" video has over 40,000,000 views.

"I grew up reading Hong Kong and Japanese comics because that was what was available in my hometown, Sungai Petani. I read my first American comic when I was 15 and it became my main reference material when I was training to be a comic artist."

When asked about which American comic artist he looks up to, Bram was quick to answer.

"Jim Lee. He is my inspiration and all-time favourite artist. My art style is heavily influenced by him. I would love to meet him because he is reportedly a very humble and well-mannered person despite his status. He is the publisher of DC Comics but he still pencils for many comic titles till today. Locally, it will be Mr Tan Eng Huat a.k.a Kutu, who is Malaysia's most successful comic artist for Marvel and DC. He has pencilled big titles like Justice League of America, Batman, Silver Surfer and Punisher."

 

Despite the goofball humour in his parodies, Bram takes his art and passion seriously. He has a clear vision of what he wants to do and sees comics as something more than just entertainment.

"My ultimate goal is to have a company that helps artists especially local talents to publish their works overseas and assist them in sustaining themselves financially. Artists in Malaysia are not being respected as professionals and most are actually underpaid. Young artists should be persistent in creating the art they like and most importantly be more entrepreneurial."

Fandom is great, but all that came using existing superheroes. What about his own superheroes? His own stories?

"I want to tell my own stories someday. But to do so, especially in this country, I need a strategy. I can't go ahead and do my own content first. I need to build an audience first. Then only I can slowly introduce my own stories and content."